SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 9.15 malam dan polis turut merampas selaras senapang patah bersama sembilan peluru dan lima kelongsong daripadanya.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 25 tahun pada 7.43 malam, menyatakan mendengar bunyi empat das tembakan ketika memancing berhampiran sebuah kilang pasir di Batu 9, Kampung Golai, Pantai.
"Pengadu mendapati tiga ekor anjing dipercayai ditembak lelaki berkenaan menggunakan senapang patah, dengan dua daripadanya mati manakala seekor cedera dan telah lari dari kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Malik, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan melakukan perbuatan terbabit akibat marah kerana anjing-anjing itu cuba menggigit anaknya dan memakan haiwan peliharaan.
Beliau berkata lelaki itu yang tidak memiliki rekod jenayah direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Senapang patah yang digunakan adalah milik saudara suspek. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam. - Gambar hiasan
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
Anjing liar terus ancam keselamatan penduduk
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut.
Kes halang MBPJ tangkap anjing liar: Warga emas kemuka representasi
Seorang lelaki warga emas akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh MBPJ.
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing
Wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini pada Khamis.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Budak 4 tahun cedera digigit kumpulan anjing liar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Mampakad Laut, di Pitas pada Rabu.
Kematian warga emas semasa operasi anjing liar diklasifikasikan mati mengejut
Punca kematian lelaki itu adalah respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.